28 June, 2009
Manek Urai : Malam Pengumuman Calon
Calon PAS, Fauzi Abdullah seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai. berumur 50 tahun, lahir di Guchil, mempunyai seorang isteri, bapa kepada 5 cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan), meneruskan perniagaan keluarga sejak tahun 1980.

Calon PAS Manek Urai - Fauzi Abdullah
Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.
Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.
Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.

Pemimpin2 Pakatan Rakyat bersama calon

Pemikiran Tok Guru

Husam Orang Kanan Tok Guru
Ganbar dan Berita dari perisik rakyat
Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.
Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.
Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.
Ganbar dan Berita dari perisik rakyat
24 June, 2009
PAS Tamatkan Isu Kerajaan Perpaduan
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharudin, istihar isu kerajaan perpaduan selesai dan tidak lagi berbangkit lagi.
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.
Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.
“Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.
“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.
“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.
Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.
“Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai…itu sahaja, tiada lagi komen,” katanya ringkas.
Berita dari sini

Majlis Pimpinan PR tolak Kerajaan Perpaduan
Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.
Dipetik dari sini

15 June, 2009
Nizar memang "Man of the Year"
Setelah menang di Bukit Gantang dan setelah menunggu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Ir Nizar tidak menunggu lama untuk menarik perhatian. Kali ini, seleaps sahaja mengangkat sumpah Ir Nizar melaungkan kata-kata keramat.... Bubar, Bubar... Bubar DUN Perak" yang menggegarkan Dewan Rakyat. Serentak itu, beberapa hali Parlimen Pakatan Rakyat memakai Lilitan kepala Bubarkan DUN Perak.

Disebabkan itu, Speaker Dewan Rakyat telah mengarahkan Ir Nizar dan beberpa Ahli Parlimen keluar Dewan. 5 daripada mereka digantung menghadiri dewan selama 2 hari. Itulah penangan Ir. Nizar kepada kerajaan. Mungkin ditujukan kepada OneMalaysia " Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan".
Ir Nizar masih lagi "MAN OF THE YEAR"

10 June, 2009
Pasca Muktamar55: Ingatan Tok Guru

MUQADIMMAH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat memanggil Harakah ke Rumah Sri Kelantan sehari setelah Muktamar Tahunan PAS ke-55 selesai dilangsungkan. Pada sebelah pagi, 7 Jun lalu, wartawan Harakah, INTAN ABDULLAH menemui Menteri Besar Kelantan itu dan mengadakan wawancara. Tok Guru betul-betul sedih dan kecewa kerana tiada pemimpin dari Kelantan yang menang pada pemilihan Muktamar kali ini. Beliau paling sedih, apabila media terus memainkan isu kerajaan perpaduan yang ditolak oleh perwakilan. Ikuti pendangan tokoh ulama PAS yang disegani ini.
HARAKAH: Muktamar PAS ke-55 baru sahaja selesai. Secara umumnya, bagaiamana Tok Guru melihat perjalanan kali ini yang telah diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 5 hingga 7 Jun lalu?
TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ: Muktamar PAS yang ke-55 telah selesai. Kemudian telah dipilih pemimpin-pemimpin yang akan menerajui PAS, yang disebut PAS memimpin perubahan. Cuma saya bukan sahaja terkilan dan sedih di atas tidak dipilihnya pemimpin Kelantan pada pemilihan PAS baru-baru ini.
Bukan sahaja terkilan tetapi sedih. Saya tidak tahu apa puncanya. Kita akan kaji, dan boleh jadi kita akan serah perkara ini kepada muktamar pusat akan datang. Cuma saya gembira sungguh-sungguh atas keputusan yang dibuat oleh Dewan Pemuda PAS Pusat yang menolak sebulat suara mengenai kerajaan perpaduan.
Benda ini saya sendiri telah buat keputusan sejak lama dahulu. Saya telah tegur pemimpin PAS Pusat, pemimpin yang selalu mengutarakan muqabalah, muzakarah ini. Saya bagi tahu bahawa keputusan ini bercanggah dengan keputusan muktamar di Perak tahun lepas. Oleh itu, kalau kita hendak buat benda yang baru, perlu dibawa ke muktamar.
Yang kedua, bagi saya Jabatan Penerangan PAS Pusat perlu diubahsuai mengikut keputusan-keputusan muktamar. Ini kerana PAS hanya ada satu lidah rasmi saja untuk PAS iaitu Harakah.
Dalam organ Harakah ini pula, perlu dilihat semuala. Disemak dan dirombak mengikut kehendak keputusan muktamar iaitu menolak kerajaan muktamar, seperti keputusan Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat. Siapa orangnya yang diharapkan, sudah tentu pimpinan dapat pastikan.
Yang ketiga, saya ucap tahniah kepada YB Khalid Samad. Walaupun beliau tidak pernah dilihat berkopiah, berserban, berjubah tetapi ucapan dia dalam dewan muktamar kelmarin beliau telah menggunakan hujah-hujah ulama seratus peratus.
Mengapa Tok Guru mengulas tentang ucapan perbahasan YB Khalid Samad? Apakah terdfapat sesuatu yang menarik pada hjahnya?
Lagak dia ini (Khalid) boleh menyelesaikan persoalan yang dibesar-besarkan oleh pihak media arus perdana yang ingin mengasingkan antara profesional dan ulama. Khalid Samad telah menonjolkan, menjelmakan tafsiran yang sah bahawa ulama PAS adalah profesional dan profesional PAS adalah ulama. Tidak ada pengasingan dalam PAS khasnya dalam Islam antara dua golongan ini.
Hujahnya adalah hujah alim ulama. Ada dua hujah dia. Pertamanya mengenai Abu Jahal patuh kepada tradisi Arab (perlembagaan tidak bertulis) bahawa tiap-tiap orang apabila dilindungi oleh seorang pembesar Makkah, maka kerajaan terpaksa akur dengan perlindungan itu.
Apabila Rasulullah balik daripada Taif, baginda tidak dibenarkan masuk ke Makkah oleh kerajaan Abu Jahal. Tetapi nabi kita menggunakan diplomasi iaitu dengan meminta perlindungan daripada seorang yang bernama Mut'am bin Adiyy yakni seorang kafir musyrik. Oleh kerana budaya Arab apabila seseorang yang dapat perlindungan daripada mana-mana orang Arab maka Arab yang lain terpaksa menerimanya.
Jadi, Abu Jahal terima Rasulullah duduk di Makkah berdasarkan tradisinya mendapatkan perlindungan daripada seorang yang bernama Mut'am. Abu Jahal tahu dan hormat kepada tradisi itu. Malangnya, Umno tidak tahu hormat langsung peraturan dan undang-undang.
Umno pencabul di Perak kerana bukan tradisi orang Melayu berbalah sesama orang Melayu. Bukan perlembagaan namanya itu? Jadi, Umno ini lebih teruk daripada Abu Jahal lagi. Umno tiada perlembagaan dan moral. Akhlak pun tak ada. Apa yang dia nak buat, dia buat ikut sedap hati dia. Betul-betul dibuat atas sebab nafsu amarah.
Saya ulang berkali-kali firman Allah dalam al-Quran, ayat 27-28 Surah Fathir. Allah letakkan perkataan ulamak di penghujung ayat mengenai geografi, geosains, mengenai alam sekitar. Ayat tersebut bermaksud, "Yang takut pada Allah itu adalah ulama."
Perkataan ulama diletak dihujung daripada ayat-ayat mengenai langit, bumi, air, cuaca, alam sekitar, yang mengandungi manusia dan haiwan. Ini menunjukkan ulama ini tidak hanya seperti fahaman tradisi yang mementingkan fiqh, syariat dan tasawuf semata-mata.
Perkara ini kebetulan berlaku kerana usaha-usaha penjajah di seluruh dunia yang menyekat aliran ilmu-ilmu begini untuk diketahui oleh anak-anak jajahan. Ilmu sains dan teknologi ini sengaja dicipta oleh penjajah. Ini kerana kebanyakan alim ulama kita zaman dahulu hanya belajar di Masjidil Haram. Di sana pada ketika itu hanya mementingkan ilmu fiqh, daripada pengarang-pengarang lama. Dalam ulama Makkah tidak diajar ilmu sains, teknologi, geografi. Semuannya ini tidak diajar. Itulah puncanya.
Sepanjang Muktamar PAS berlansung, media banyak memperkatakan tentang kerajaan perpaduan. Tumpuan mereka kepada isu ini cukup mengelirukan. Boleh Tok Guru perjelaskan sedikit?
Umno sekarang ini telah bersiap sedia dengan pisau, garpu untuk meratah PAS daripada kenyataan-kenyataan pemimpin dia. Sekarang ini nampak sangat Umno terliur untuk memamah PAS.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin mencabar Tok Guru letak jawatan? Apa respons Tok Guru?
Yang sepatutnya, dia (Khairy) yang letak jawatan kerana dia tidak dipilih dalam kabinet Najib Tun Razak. Dia tak dilantik jadi menteri atau timbalan menteripun. Sepatutnya dialah letak jawatan, tetapi tertukar orang.
Patutnya dia letak jawatan kerana beliau dipinggir oleh partinya sendiri. Bagi saya, keputusan muktamar menolak kerajaan perpaduan, betul-betul seperti mana kehendak Mursyidul Am.
Sepanjang perbahasan, nampaknya perwakilan lebih cenderung untuk tidak mahu PAS mengadadakan perbincangan dengan Umno. Bukan sahaja berkongsi kuasa, tetapi berbincang pun mereka tidak berminat. Apa sebenarnya yang berlaku Tok Guru?
Bagi saya, masalah muzakarah-muqabalah tidak perlu ditimbulkan secara agenda. Benda ini, Islam telah lama membuka peluang untuk berbincang. Kita hendak sebutkan sebagai agenda adalah satu yang tidak betul, seakan-akan Islam tiada agenda untuk bertemu dengan orang.
Sedangkan Islam terbuka selama-lamanya. Tidak perlu diagendakan dalam ucapan kita kerana barang sudah sedia ada. Dalam istilah Arab dipanggil tahsilul hasil yakni mengadakan benda yang sudah sedia ada.
Jadi, Islam sejak daripada awal lagi membuka peluang kepada manusia yang menentangnya untuk berbincang. Itu sejak awal lagi, tidak perlu diagendakan. Bila kita mengagendakan apa yang sudah sedia ada bererti kita mengadakan barang yang sudah sedia.
Maksud Tok Guru, mengadakan perbincangan dengan Umno ini sebagai suatu yang telah sedia ada sifatnya? Begitu?
Ya! Tetapi berbincang untuk berkerajaan, untuk bersama dengan Umno, yang ini memang saya tidak boleh terima langsung. Ini kerana saya sebagai orang Kelantan sebagaimana yang saya sebut dalam ucapan saya, orang lain tidak merasa pahit maung bersama Umno.
Sejak daripada dulu, Umno tangkap tok guru pondok masuk ISA pada tahun saya mula masuk PAS (1967) ketika mana Umno mengamuk memberkas tok guru-tok guru pondok dimasukkan dalam ISA. Ini sudah kacau sebab itulah ulama' Umno pada masa itu buat parti PAS. Tetapi lima tahun selepas itu ulama melihat kepada penyelewengan Umno sekular daripada Islam maka mereka (ulama) berpecah daripada Umno lalu menubuhkan Parti Islam.
Isu kerajaan perpaduan ini seperti isu 'One Malaysia' apabila perwakilan dan pemerhati masih lagi kurang jelas dengan definisinya. Ada macam-macam persepsi dan definisi. Ini cukup mengelirukan. Boleh Tok Guru jelaskan?
Dia manfaat untuk rakyatkah? Kalau begitu ia tidak perlu ditonjolkan dalam perpaduan kerana sememangnya begitu. Dalam kerajaan federation atau Persekutuan Malaysia, apa makna Persekutuan kalau antara satu sama lain tidak boleh berhubung?
Hubungan dan masalah berbincang ini memang Islam pun benarkan, dan Kerajaan Persekutuan pun dibenarkan. Tetapi buat hubungan dengan Umno, saya tidak boleh terima kerana buat hubungan dengan Umno lain, bekerjsama dengan kerajaan federal lain.
Sekarang, dalam keadaan Presiden Umno sebut One Malaysia, masih lagi Kelantan diarahkan oleh Kerajaan Pusat supaya pegawai pertanian pusat jangan kerjasama dengan kerajaan negeri Kelantan.
Hal ini memang ada, dan direkod dalam minit mesyuarat kami. Pihak kementerian mengarahkan pegawainya di Kelantan di bawah JPP supaya jangan bekerjasama dengan Kerajaan Kelantan dalam bahagian pertanian. Itu berlaku semasa One Malaysia diisytiharkan. Apa erti One Malaysia? Serupa sahaja. Ia tidak lebih daripada sekadar slogan semata-mata.
Dalam Umno hari ini terdapat pergolakan seperti mana dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakan. Keadaan komponen Barisan Nasional (BN) nampaknya lebih kronik di bawah kepimpinan Najib berbanding Abdullah.
Dalam ukuran kepada populariti Perdana Menteri yang baru, kalau kita ambil daripada kaca mata "ucap tahniah" yang diterima oleh Malaysia, setakat ini yang saya diberi faham hanya Singapura, Brunei, dan baru-baru ini Amerika yang ucapkan tahniah. Hanya tiga pemimpin negara dari seluruh dunia yang menyampaikan ucapan tersebut.
Kita telah masuk ke bulan ketiga sejak pelantikan perdana menteri yang baru. Kalau itulah ukuran sambutan orang terhadap perdana menteri yang baru maka sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Apabila kita selidik, apa agaknya yang tidak kena, jelaslah pergolakan dalaman seperti isu PPP dengan elemen dua presiden antara Murugiah dengan Kayveas belum lagi selesai. Begitu juga dengan perpecahan di Terengganu antara blok Ahmad Said dengan Idris Jusoh, laporan ancaman bunuh ketika hendak hadir mesyuarat sidang dun masih belum selesai.
Di Pulau Pinang sendiri pun, usul tidak terima kepada kepimpinan majlis perbandaran menolak salah satu. Itupun ia masih dalam keadaan yang hangat. Jika kita tinjau di Perlis, keadaan yang hampir serupa. Di wilayah ini, keadaannya sama, orang yang boleh diharap dalam menyokong Najib hanya dua, tiga orang sahaja. Mungkin dia bekas setiusaha politik dia, Zahid Hamidi dan mungkin seorang lagi yang baru dilantik sebagai Senator.
Selain mereka, saya lihat masih berkecuali dan kemungkinan tidak memberi wala' kepada Najib. Sebab itu desakan yang ditimbulkan oleh Lim Kit Siang berasaskan kepada 45 peratus sahaja undi popular yang diperolehi. Najib sepatutnya diuji dalam sidang dewan yakni 'vote for non-confidence'.
Kenapa ini tidak boleh dibuat? Ini perkara yang boleh dinilai tahap kekukuhan Umno buat masa sekarang ini.
Apakah konsep One Malaysia hanya 'recycle' kepada pelbagai istilah yang digunakan oleh PM terdahulu bagi menonjolkan kepimpinannya? Maksudnya sebagai produk untuk mengajak rakyat menyokongnya?
Kita terlalu kaya dengan slogan. One Malaysia merujuk kepada perpaduan, penyatuan. Sejak merdeka sehingga ke hari ini, semua ini sememangnya slogan itulah yang kita tuju.
Dengan lagu, harapannya, daripada perdana menteri terdahulu sehingga ke Najib pada hari ini. Di sini bermaksud tiada yang baru dengan slogan One Malaysia. Begitu juga dengan 'rakyat diutamakan'. Ini pun slogan yang telah selesai. Ini kerana semua pemimpin mengulangi perkara yang sama. Kalau pemimpin negara blog kapitalis dan komunis pun, itulah yang mereka cakap pun.
Tetapi apa yang sering berlaku di negara serata dunia ini termasuklah Malaysia pun ialah rakyat yang ditindas, dinafikan haknya - inilah isunya - tetapi Umno sampai sekarang masih tidak dapat menyelesaikannya.
Begitu juga dengan soal kualiti, bercakap tentang hasil daripada kerja dalam konsep One Malaysia. Ini pun satu hal kalau penjawat awam boleh semak perkara ini kita ada prinsip 'Q' pada suatu ketika.
Sebelum ini kita ada SKT atau sasaran kerja tahunan, Fail Meja, Piagam Pelanggan - ini semua adalah perkara-perkara yang menuju kepada 'input cost' dan 'output' atau prinsip pengeluaran kualiti dengan pengurusan yang cekap dan berkesan seperti kaunter servis yang baik. Ini semua adalah perkara yang telah selesai.
Kalau tidak begitu, tidak timbul MAMPU yakni suatu jabatan khas untuk memantau pengurusan yang cekap lalu kita kitar semula istilah ini, dilambung di tengah-tengah Malaysia kononnya ini suatu idea yang bijak daripada kepimpinan Umno yang baru. saya melihat ini suatu 'recycle' sahaja dan tiada suatu yang baru.
Jangan Kita Lupa 1998....Kasihan Anwar Ibrahim..Ustaz Fadzil pasti Sedih
Diambil dari Bendahara Tun Perak
Assalamualaikum,
Kasihan saya pada mantan Timbalan Perdana Menteri yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim. Beliau kini seolah-oleh keseorangan dalam perjuangannya menegakkan kebenaran dan keadilan.
Lebih menyedihkan apabila ada kalangan ahli dan pemimpin PAS yang mula menunjukkan penentangan kepada saudara Anwar sehinggakan wujud label-melabel dalam PAS seperti 'orang Anwar' dan kalangan PAS yang dilabel 'orang Anwar' cuba dipulaukan dan dipinggirkan seperti Saudara Husam Musa.
Benar kata Mahathir - Melayu Mudah Lupa
Teringat saya pada kata-kata mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bahawa orang Melayu mudah lupa akan sesuatu perkara dan sejarah. Ini benar apabila melihatkan situasi yang melanda PAS pada hari ini. Mereka lupa jasa saudara Anwar...mereka lupa Gelombang Reformasi 1998....mereka semua mudah lupa.
Mereka lupa akan pengorbanan yang dilakukan oleh Anwar sehingga membawa kepada kebangkitan PAS hingga kini.
Jangan Lupa Pengorbanan Almarhum Ustaz Fadzil Noor
Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, mantan Presiden PAS adalah seorang tokoh LAGENDA dalam PAS hinggakan jasa dan pengorbanannya tidak akan dapat dilupakan sampai bila-bila. Adakah ahli-ahli PAS lupa bahawa Ustaz Fadzil Noor yang merintis jalan penubuhan Barisan Alternatif yang kini menjadi Pakatan Rakyat.
Ustaz Fadzil Noor jugalah yang merintis jalinan persaudaraan dan pakatan dengan Anwar Ibrahim. Walaupun Anwar telah melukakan hati Ustaz Fadzil Noor semasa di dalam UMNO, tetapi Ustaz Fadzil telah memaafkan itu semua!!!....Mereka bersatu hati, tenaga dan berjuang dalam Gelombang Reformasi 1998 yang mencatatkan sejarah tanahair Malaysia.
Jika tidak kerana keberanian Anwar Ibrahim yang rela dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri....jika tidak kerana ketulusan hati Ustaz Fadzil Noor yang rela memaafkan sahabatnya....sudah tentu Gelombang Reformasi 1998 tidak akan berlaku......
Reformasi 1998 - bonus kepada PAS
Gerakan Reformasi 1998 yang dirintis oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor adalah bonus dan membawa keuntungan kepada PAS dan pembangkang. Jika tidak kerana Reformasi 1998, rakyat tidak akan terbuka minda dalam berpolitik.....
Jika tidak kerana Reformasi 1998...rakyat masih memuja dan mengagungkan UMNO dan BN....Jika tidak kerana Reformasi 1998...rakyat tidak akan nampak dan sedar penipuan dan pembohongan UMNO dan BN.
Kerana Reformasi 1998 jugalah rakyat mula berani mendampingi PAS, satu parti yang dipandang ekstrem satu masa dulu....Kerana Reformasi 1998 jugalah PAS menjadi kuat hingga berjaya menawan Terengganu pada PRU 1999 dan menang kerusi Parlimen terbanyak dalam sejarah...Lupakah kita semua?????????....
Jangan Lupa Ungkapan Kata Ustaz Fadzil Noor
Almarhum Ustaz Fadzil Noor pernah berkata bahawa Gelombang Reformasi 1998 ini tidak akan berhenti malah ia akan terus menggoncang pentas politik Malaysia...Tunggulah hasilnya selepas 10 tahun. Itu ungkapan beliau semasa berucap di rumah saudara Anwar Ibrahim...
Naaahhh...lihat sahaja kebenaran..selepas 10 tahun iaitu pada tahun 2008, UMNO dan BN tumbang dalam PRU2008...Mereka hanya diselamatkan oleh undi dari Sabah dan Sarawak. PAS bersama pembangkang lain telah perolehi kerusi terbanyak dalam sejarah dan telah menang di 6 negeri iaitu Kelantan, Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Serta berjaya menembusi kubu kebal UMNO di Negeri Sembilan dan Johor !.
Itu semua hasil daripada benih Gerakan Reformasi 1998 yang diasaskan oleh Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor...Lupakah kita semua??????????
Anwar kini keseorangan
Kini..pengasas Gerakan Reformasi hanya tinggal seorang..Ustaz Fadzil Noor telah lama pergi meninggalkan kita semua. Anwar Ibrahim pula seolah-oleh dipinggirkan oleh sekutu rapatnya iaitu PAS.
Ya..memang segala yang berlaku adalah kehendak Allah SWT..tetapi Allah telah berfirman bahawa Tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu melainkan ia sendiri yang berubah....Maka jasa dan pengorbanan saudara Anwar Ibrahim dan Ustaz Fadzil Noor yang sanggup mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran dan keadilan mesti dihargai dan diingati....
Jika Ustaz Fadzil Noor masih hidup.........PASTI DIA AKAN SEDIH DAN MENANGIS MELIHATKAN NASIB SAHABATNYA ANWAR IBRAHIM YANG DISISIHKAN OLEH PARTINYA SENDIRI IAITU PAS............
Setiap kali Anwar ke Kedah..Beliau akan mengambil kesempatan menziarahi sahabatnya Ustaz Fadzil Noor di makamnya di Kedah...pasti saudara Anwar Ibrahim menangis dan mengalirkan airmatanya...mengenangkan jasa dan kepercayaan sahabatnya yang tidak pernah pudar.....dan mengenangkan nasib dirinya tanpa Ustaz Fadzil disisi....Kalaulah Ustaz Fadzil Noor masih ada....itu keluhnya...........
Jangalah kita robohkan jambatan yang dibina Almarhum Ustaz Fadzil Noor (Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Aziz...........INGATLAH WAHAI AHLI PAS....

09 June, 2009
08 June, 2009
07 June, 2009
Muktamar55: Husam akan terus berjuang untuk PAS
Dipetik dari HarakahDaily
SHAH ALAM, 6 Jun (Hrkh) - Bekas Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa menegaskan beliau akan tetap meneruskan perjuangan bersama PAS.
Beliau yang tewas pertandingan jawatan Timbalan Presiden menegaskan kekalahan bukan bererti segala pandangan politiknya akan terhenti sebaliknya percaya rakan-rakan yang memenangi jawatan Naib Presiden dan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat akan meneruskan pandangan beliau.
Husam menjelaskan, sejak awal lagi beliau sudah menjangka akan mengalami kekalahan dan menawarkan diri untuk menyatakan pandangan politiknya.
Beliau menolak tanggapan mengatakan pandangan politiknya ditolak perwakilan kerana calon-calon Naib Presiden dan AJK PAS Pusat mempunyai pandangan yang sama dengan beliau.
"Saya menerima kekalahan ini dengan hati yang terbuka dan sudah menjangkakan sejak awal akan tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada rakan saya, Nasharudin Mat Isa yang berjaya mengekalkan jawatan yang disandang.
"Saya akan tetap bersama PAS dan akan terus berjuang untuk memastikan PAS bersama Pakatan Rakyat berjaya membentuk kerajaan pusat dalam pilihan raya umum ke-13 atau pada bila-bila masa," tegas beliau dalam satu sidang media sebentar tadi.
Husam juga menjelaskan, kekalahan beliau tidak akan memberikan kesan kepada pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan kerana PAS tidak memerintah berdasarkan individu sebaliknya kerana kekuatan parti.
Beliau untuk sekalian kalinya menegaskan penolakan sebarang perundingan untuk bersama Umno sebaliknya akan memastikan PAS menggantikan parti tersebut.
"Saya tidak faham kenapa ketika rakyat menolak Umno dan menerima PAS, kita mahu bersama mereka... sepatutnya mereka datang kepada kita bukan kita pergi kepada mereka. PAS perlu ganti Umno bukan bersama Umno," tegas beiau.
Biarpun tewas, Husam tetap menjadi buruan media untuk mendapatkan pandangan politiknya yang bernas dan tajam. Ini terbukti ketika turun ke pentas untuk ke tandas, beliau dikejar wartawan untuk mendapatkan respons dan komen mengenai keputusan pemilihan. - mns/mks._

Muktamar55: Husam Musa Kalah
Secara peribadi aku sedikit kecewa dengan kekalahan Husam Musa untuk Jawatan Timbalan Presiden PAS. Pada aku Husam Musa lebih layak berbanding 2 orang calon Timbalan Presiden. Namun semuanya telah ditakdirkan. Husam kalah bagi jawatan yang Timbalan Presiden PAS. Bagaimanapun seperti kata Husam Musa akan teruskan perjuangan, aku juga akan teruskan perjuangan.
Keputusan Jawatan Timbalan Preiden
Husam Musa 281 (27.4%)
Mohamed Sabu 261 (25.5%)
Nasharuddin Mat Isa 480 (46.8%)

Husam dan Mat Sabu Tewas untuk jawatan Timb.Presiden
Aku nak cari gambar kenangan aku bersama husam. Kalau ada aku upload kat sini.
Jumpa dah gambar kenangan bersama Husam Musa pada 8/12/2007 ketika Husam datang berceramah di Bandar Baru Bangi.
Keputusan Jawatan Timbalan Preiden
Husam Musa 281 (27.4%)
Mohamed Sabu 261 (25.5%)
Nasharuddin Mat Isa 480 (46.8%)

Aku nak cari gambar kenangan aku bersama husam. Kalau ada aku upload kat sini.
Jumpa dah gambar kenangan bersama Husam Musa pada 8/12/2007 ketika Husam datang berceramah di Bandar Baru Bangi.
Muktamar55: Keputusan Pemilihan
SENARAI KEPUTUSAN
JAWATANKUASA KERJA PAS PUSAT BAGI SESI 2009-2011
PENGERUSI TETAP (MTB)
Abu Kasim Bin Abdullah, Ustaz Haji
TIMBALAN PENGERUSI TETAP
Hussin Bin Haji Ismail, Haji
PRESIDEN (MTB)
Abdul Hadi Hj Awang , YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji
TIMBALAN PRESIDEN
Nasharudin Mat Isa, YB Ustaz Haji
NAIB PRESIDEN
Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ Ustaz(877)
Salahuddin Ayub, YB (824)
Mahfuz Omar, YB Dato' Haji (663)
AHLI JAWATANKUASA KERJA
Mohamad Nizar Jamaluddin, YAB Dato' Seri Ir (854)
Idris Haji Ahmad, Ustaz Haji (799)
Kamarudin Jaffar , YB Dato’ (769)
Azizan Abd Razak, YAB Dato’ Seri Ustaz (653)
Hasan Mohd Ali , YB Dato' Dr Hj (642)
Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. Haji (638)
Abdul Ghani Samsudin, Ustaz Haji(637)
Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz Haji (622)
Mohamed Hanipa Maidin, Sdr (619)
Amiruddin Hamzah, YB Dato' Ir. (606)
Lo’ Lo’ Haji Mohamad Ghazali, YB Dr. (589)
Ab Ghani Abdul Rahman, Ustaz Haji (584)
Dzulkefly Ahmad, YB Dr. (576)
Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, YB Dr. (530)
Hashim Jasin, YB Ustaz Haji (522)
Mazlan Aliman, Sdr (513)
Taib Azamudden Md Taib, YB Ustaz Haji (508)
Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. (488)
PEMERIKSA KIRA-KIRA
Mohd Rashidi Bin Hassan
Musaniff Abd Rahman

06 June, 2009
05 June, 2009
Muktamar55: Pelancaran Dana Kompleks PAS Pusat

Dalam Perasmian muktamar juga dilancarkan Tabung Dana Kompleks PAS Pusat yang baru bertempat di Sungai Merab, Bangi. Tidak jauh daripada Putrajaya. Gmik pelancaran yang menarik di persembahkan kepada perwakilan dan pemerhati bagi memaklumkan hasrat PAS untuk membina Kompleks PAS.
Maklumat berkenaan Kompleks tersebut boleh dilayari di www.kompleks.pas.org
Syabas dan Tahniah kepada PAS. Mungkin salah satu persediaan Jalan ke Putrajaya.
Muktamar55 PAS : Perasmian
Pagi tadi aku mengikuti Masjlis Perasmian Muktamar PAS kali ke 55. Aku masuk sebagai PEMERHATI sahaja. Hasil daripada kemenangan di Selangor Muktamar kali ini dapat di buat di Stadium Melawati dalam suasana yang ceria. Aku lihat PAS telah banyak berubah dan seiring dengan teknologi semasa.
Penggunaan teknologi termasuk ICT menjadi kan PAS mudah dicapai dan mendekati rakyat. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk pimpinan tertinggi PAS diketuai oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am PAS. Aluan ucapan daripada setiausaha Agung PAS kemudian diikuti dengan Ucapan Dasar Presiden PAS oleh Tuan Guru Haji Hadi Awang. Ucapan Penuh akan dimasukkan kemudian.
Namun aku tertarik dengan gimik perasmian dan juga pelancaran e-harakah serta pelancaran Kompleks Pentadbiran PAS akan datang di Putrajaya. Nampak hebat apabila dilengkapi dengan sound system yang bagus, lighting pentas utama serta persembahan Multimedia yang menarik.
Syabas.
03 June, 2009
Muktamar55 PAS: Pemilihan (2)
Senarai calon telah pon dikeluarkan oleh Pengarah pemilihan muktamar Pas, Mustapa Ali. Untuk Calon-calon yang terutama adalah seperti berikut :-

Jadi apakah pilihan para perwakilan muktamar. Klo anda nak mengundi boleh klik sini. Mari mengundi
Muktamar55 PAS: Pemilihan (1)
Sudah banyak isu pemilihan pas pada muktamar kali ini di media-media alternatif. Jadi anda boleh membaca nya dan membuat penilaian. Tetapi aku suka artikel yang ini.
Artikel Penuh sila klik tajuk ini : Kenapa UMNO Benci Sangat Pada Husam oleh tempurunglutut.blogspot.com
Aku ambil kesimpulannya sahaja:
1) Kalau korg menangkan Nasa, maknanya korg bersubahat ngan dia nak bawak PAS masuk UMNO-BN, pastu PR akan pecah, PAS akan bpecah, non-muslim akan tak pcaya kat PAS dah, Kelab Penyokong PAS akan terbubar.
2) Kalau korg menangkan Husam, maknanya korg bersubahat ngan dia nak kafankan UMNO-BN buat selama-lamanya, dan meletakkan PAS sebagai teraju utama umat Melayu-Islam, dan memimpin rakyat berbilang kaum menjelang PRU-13.
3) Kalau korg menangkan Mat Sabu, maknanya korg mengurangkan mudarat PAS berbanding korg pilih Nasa penipu.
01 June, 2009
PR Kekalkan Penanti
Calon Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Dr Mansor Osman menang besar dengan menewaskan tiga calon Bebas, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris dalam pertandingan empat penjuru pilihan raya kecil yang berlangsung di Penanti hari ini.
Hasil pengiraan yang diadakan, Dr Mansor memperolehi 6,052 undi, manakala Aminah memproleh 392 undi, Nai Khan Ari (494) dan Kamarul Ramizu Idris (56). Dr Mansor menang dengan majoriti 5,558 undi.
Jumlah pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini, menurut laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah sebanyak 46.15 peratus iaitu kira-kira 7,100 orang berbanding 82.13 peratus dalam pilihan raya umum ke-12 lalu, dan ia disifatkan terendah dalam sejarah negara.
Plihan raya kecil ini diadakan berikutan perletakan jawatan sebagai Adun Penanti oleh penyandangnya Mohamad Fairus Khairuddin daripada KeADILan awal bulan lepas.
Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak meletakkan calonnya bertanding dalam pilihan raya kecil ini atas alasan kekosongan kerusi tersebut adalah usaha KeADILan untuk menyelesaikan masalah dalamannya.
BN juga mendakwa pilihanraya kecil ini satu permainan politik pembangkang.
Sumber dari Harakah

Subscribe to:
Posts (Atom)