18 July, 2009

The Champion is here!!!

Semalam, team pilihan aku Manchester United or Red Devil telah sampai ke Malaysia untuk road tour to Asia. Petang ni 18 Julai pula akan berlangsung perlawanan dengan pilihan Malaysia. Siapa yang akan menang.. tentunya MU seperti beberapa siri ke Malaysia.

Petang ni juga aku akan pergi stadium untuk melihat my player secara dekat.haha

Senarai Pemain United
1 Edwin van der Saar, 2 Tomasz Kuszczak, 3 Ben Foster, 4 Jonathan Evans, 5 Patrice Evra, 6 Rio Ferdinand, 7 Nani, 8 Gary Neville, 9 Wes Brown, 10 John O Shea, 11 Wayne Rooney, 12 Ryan Giggs, 13 Fabio da Silva, 14 Zoran Tosic, 15 Darren Fletcher, 16 Anderson, 17 Darron Gibson, 18 Paul Scholes, 19 Michael Owen, 20 Dimitar Berbatov, 21 Fererico Macheda, 22 Michael Carrick

So, see the picture below. Glory...Glory Man Utd




12 July, 2009

NIK AZIZ :RAYUAN PENGUNDI DUN MANEK URAI

Dengan bahasa yang mudah tok guru merayu kepada pengundi-pengundi untuk mengekalkan kesuburan hijau di Kelantan khasnya di Manek Urai.

RAYUAN PENGUNDI DUN MANEK URAI

Bismilllahir Rahmanir Rahim

Dalam keadaan yang tersangat berat kita terpaksa menerima sebuah perpisahan. Pada kira-kira jam 6.00 pagi tanggal 22 Jamadil Awal 1430 (Jumaat)/22 Mei 2009, Allah S.W.T. telah menjemput Almarhum Pak Su kita menemuiNya. Rupa-rupanya kasih sayang Allah S.W.T melebihi nilai kasih sayang kita kepada Pak Su Wel kita. Demikianlah resam kehidupan yang bernama hidup dan mati. Firman Allah S.W.T yang bermaksud:

“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati.” - Surah Ali’Imran : Sebahagian dari Ayat 185

Sama juga halnya dalam satu ayat yang lain:

“Maha Suci Allah Yang ditanganNyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” - Surah Al Mulk: Ayat 1 dan 2

Hidup ini penuh dengan pelbagai ujian untuk mengasingkan antara orang yang taat dengan hamba-hambanya yang derhaka.

Dalam Sistem Demokrasi, tentu sekali pengosongan Kerusi DUN Manek Urai perlu diisi. Setelah membuat pertimbangan yang sehabis cermat, maka kita turunkan calon ganti yang bernama Mohd Fauzi Abdullah berusia 50 tahun, anak tempatan yang mesra rakyat ini, sengaja kita ambil untuk mengganti arwah. Ini semata-mata kerana mutu sifat suka berkorban beliau yang luar biasa. Dalam banyak perkara, beliau menyerupai sifat mudah mesra dan mudah berkira, amalan bekas ADUN kita yang lalu.

Selain dari melihat sifat peribadi beliau yang ramah, cergas dan merendah, beliau seorang yang istiqamah dalam perjuangan. Sifat semula jadi beliau yang suka berkorban, saya lihat cukup sesuai dengan persekitaran alam dan selera pengundi di kawasan yang kaya dengan tumbuhan hijau di Manek Urai ini. Hanya dua kali sahaja Umno telah diberi peluang menang. Berpuluh-puluh tahun selebihnya; alhamdulillah, kerusi ini menjadi milik PAS hingga sampai ke hari ini.

Kita tidak meminta sesuatu yang lebih untuk Pilihan Raya Kecil pada kali ini. Apa yang cuma perlu kita lakukan hanyalah mengulangi apa yang telah kita buat pada 8 Mac 2008. Bahkan, jika PAS menang dengan majoriti 1,352 undi pada tahun lepas, maka mari kita buat sedikit pembaikian dengan menambah majoriti. Tidak ada apa kelebihan yang ada dari parti lawan selain daripada umpan hadiah berupa pembangunan dan janji-janji subsidi di sana sini. Kita bukan tidak kenal siapa Umno. Cukuplah dia menghuru-harakan Negeri Perak. Mari kita kekalkan suasana tenang di Kelantan, dalam rahmat pemeliharaan Allah S.W.T. seperti yang telah dianugerahiNya kepada kita selama ini.

Di bawah PAS, susah apa. Agama dapat, pembangunan dapat. Kita sedang beri makanan rohani yang secukupnya tanpa mengabaikan aspek kebajikan kepada rakyat kita. Apa yang ada pada kita, tidak ada pada Umno. Ini semua bertolak dari kejujuran kita untuk menjaga agama Allah dan nasib rakyat tanpa mengira bangsa dan warna kulit supaya berjaya di dunia dan berjaya lagi di akhirat. Yang kita sama-sama sedang berikhtiar dan sentiasa perlu jauhi ialah azab Neraka di akhirat kelak. Umno tidak ada ‘buah’ ini. Sikit-sikit pembangunan. Sikit-sikit one Malaysia. Dia hanya gilakan dunia. Bagi mereka, halal haram dia tak peduli. Bagi mereka kejayaan di akhirat tidak mustahak.

Kepada seluruh pengundi, baik dalam mahupun luar, mari kita terus kembali kepada Islam. Tunaikan tanggungjawab pada 14 Julai ini. Pilihan kita adalah PAS. Nampak saja bulan, jangan banyak soal; terus pangkah - selesai masalah. Mari kita kekalkan persekitaran hijau yang subur di Manek Urai demi Allah untuk Allah kerana hanya Dialah jua yang Maha Besar.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.


NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS


Tanggal: 11 Rejab 1430 / 4 Julai 2009

10 July, 2009

Majlis Pemansuhan PPSMI Di Bangi

Majlis Pemansuhan PPSMI oleh GMP akan diadakan di Bangi pada 19 Julai. Cuma satu je konpius. Pagi ke malam??

di petik dari faisaltehrani

"Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam dewan rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said (Penasihat GMP)

...dan berikut adalah kenyataan media Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) berhubung pemansuhan dasar itu pada 2012 oleh kerajaan tempoh hari:-

Kenyataan Media 9 Julai 2009

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.

-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.

- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.

- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.

- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris. Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.

- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima Kasih

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP), Dato' Dr. Hassan Ahmad.

Seminar Pemikiran Dr Burhanuddin Al-Helmi

Program Yang amat baik diikuti. Benda yang baik wajar tolong dipromosikan.



Ahad, 2 Ogos 2009 :: 8.30pg-5.15ptg :: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor

"Di atas robohan Kota Melaka, kita dirikan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka, membela hak keadilan pusaka"
(Ucapan Almarhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi pada Disember 1946 dalam Kongress PKMM yang ke-2 di Melaka)

PENGENALAN

Membentuk jiwa merdeka adalah ungkapan yang sering diulang-ulangkan oleh Al-Marhum Dr. Burhanuddin Al-Hilmi setiap kali beliau berucap. Sebagai pejuang Islam, Almarhum sentiasa menumpukan perhatian kepada perjuangan menegakkan jiwa merdeka sesuai ajaran Islam yang mahukan penganutnya tidak berjiwa hamba. Adapun konsep jiwa merdeka seperti diajukan oleh Almarhum tidak bermakna insan itu lepas bebas hingga perilakunya tidak perlu merujuk kepada ketentuan dan kuasa Allah s.w.t. Justeru itu, Pusat Kecemerlangan Ummah mengambil inisiatif mengadakan seminar ini untuk membahaskan persoalan “Jiwa Merdeka” dalam bicara ilmu bagi mengisi makna sebenar menghadapi cabaran era globalisasi kini.

TARIKH: Ahad - 2 Ogos 2009

MASA: 8.30pg-5.15ptg

TEMPAT: Dewan Auditorium Daeng Chelak, Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam Selangor


SASARAN PENYERTAAN TERBUKA KEPADA:
300 jemputan terdiri daripada cendiakawan, ahli politik, badan bukan kerajaan, agensi-agensi kerajaan, wakil-wakil institusi pendidikan tinggi awam dan swasta, ahli-ahli akademik, mahasiswa, pelajar, lain-lain pertubuhan dan orang awam yang berminat.

TEMA: "Membentuk Jiwa Merdeka”

PERASMI: YAB Tuan Guru Dato’ Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan)


SLOT WACANA POLITIK OLEH:
Dr. Muhamed Anwar Omar Din (Pensyarah Fakulti Sains dan Kemanusiaan, UKM)
YB Datuk Paduka Husam Musa (Exco Kerajaan Negeri Kelantan)
YB Dato’ Kamaruddin Jaafar (Ahli Parlimen Tumpat)

SLOT FORUM OLEH:
Ybhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim (Tokoh Sejarah)
YB Dr. Dzulkefly Ahmad (Ahli Parlimen Kuala Selangor)
Tn.Hj. Said Zahari (Bekas Ketua Pengarang Utusan Melayu)
Moderator:
YB Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)

PENUTUP: YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)

ANJURAN: Pusat Kecemerlangan Ummah (Ummah Centre)

YURAN PENYERTAAN:
RM25 sahaja/individu (Bayaran adalah termasuk kit seminar, minum pagi, makan tengahari, minum petang serta kos pengurusan.)

Cara Pendaftaran:

* Melalui SMS atau email : Nyatakan

PENDAFTARAN & MAKLUMAT LANJUT
Sila hubungi:

Azlin: 013-303 7867
Nurani: 013-611 4832

Tel: 03-5510 4611
Fax: 03-5511 1032
Email: ummahcentre@yahoo.com

Daftar segera, tempat adalah terhad.

08 July, 2009

PPSMI Dimansuhkan???

Balik dari keje, seorang sahabat memberitahu bahaw aPPSMI telah dimansuhkan. Dalam hati aku, alhamdulillah. Peristiwa Demonstrasi PPSMI 7 March meninggalkan kesan dan berjaya. Apabila bukak internet dan baca malaysiakini.. PPSMI dimansuhkan mulai 2012. Ingatkan dimansuhkan terus. Takut nanti dah buat keputusan sekarang u-turn balik 2 tahun akan datang.

28 June, 2009

Karnival Kesenian & Keilmuan Islam 09

Manek Urai : Malam Pengumuman Calon

Calon PAS, Fauzi Abdullah seorang peniaga ikan di Pasar Besar Kuala Krai. berumur 50 tahun, lahir di Guchil, mempunyai seorang isteri, bapa kepada 5 cahayamata (4 lelaki dan 1 perempuan), meneruskan perniagaan keluarga sejak tahun 1980.

Calon PAS Manek Urai - Fauzi Abdullah

Beliau adalah seorang yang amat mudah didekati oleh sesiapa sahaja. amat dikenali penduduk tempatan Kuala Krai kerana kebiasaannya yang mudah menghulurkan bantuan baik dari segi kewangan atau apa sahaja kepada sesiapa sahaja yang mengadu masalah kepada beliau. ini antara kelebihan yang ada pada Fauzi Abdullah.

Dari segi politik pula, beliau adalah seorang Ahli Majlis Daerah Kuala Krai dan juga sebagai Bendahari PAS Kuala Krai. dikatakan juga pernah memegang jawatan sebagai penyelia DUN.

Dari segi keperibadian pula, beliau adalah seorang yang taat menjalankan suruhan agama, mudah didekati baik kawan mahupun lawan, mudah mesra dengan sesiapa sahaja dan amat bertanggungjawab didalam menjalankan amanah.

Pemimpin2 Pakatan Rakyat bersama calon

Pemikiran Tok Guru

Husam Orang Kanan Tok Guru

Ganbar dan Berita dari perisik rakyat

24 June, 2009

PAS Tamatkan Isu Kerajaan Perpaduan

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tarik balik kenyataan terhadap Nasharudin, istihar isu kerajaan perpaduan selesai dan tidak lagi berbangkit lagi.



Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

“Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan,” katanya dalam sidang media di bangunan PAS di sini hari ini.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” katanya dalam satu kenyataan empat perenggan yang dibaca dalam sidang media tersebut.

Dalam pada itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

“Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai…itu sahaja, tiada lagi komen,” katanya ringkas.

Berita dari sini

Majlis Pimpinan PR tolak Kerajaan Perpaduan

Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Kenyataan ditandatangan DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG DAN LIM KIT SIANG.

Dipetik dari sini

15 June, 2009

Nizar memang "Man of the Year"

Setelah menang di Bukit Gantang dan setelah menunggu untuk mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Ir Nizar tidak menunggu lama untuk menarik perhatian. Kali ini, seleaps sahaja mengangkat sumpah Ir Nizar melaungkan kata-kata keramat.... Bubar, Bubar... Bubar DUN Perak" yang menggegarkan Dewan Rakyat. Serentak itu, beberapa hali Parlimen Pakatan Rakyat memakai Lilitan kepala Bubarkan DUN Perak.

Disebabkan itu, Speaker Dewan Rakyat telah mengarahkan Ir Nizar dan beberpa Ahli Parlimen keluar Dewan. 5 daripada mereka digantung menghadiri dewan selama 2 hari. Itulah penangan Ir. Nizar kepada kerajaan. Mungkin ditujukan kepada OneMalaysia " Rakyat didahulukan, Prestasi diutamakan".

Ir Nizar masih lagi "MAN OF THE YEAR"